pada pukul 8 pagi..
setiap hari Khamis akan diadakan perhimpunan. leceh yang teramat-amat.rasanya bagai berada dibangku sekolah. peraturannya pula buat aku termenung. wajib memakai baju kurung.minatku pada baju kurung terpaksa juga ku pupuk akhirnya. mujurlah ibuku menyediakan satu beg baju kurung untuk kegunaanku.ada juga untungnya. rakan-rakan baruku ramah-ramah belaka. alhamdulilllah.senang bagiku menyesuaikan diri. yang lebih menyenangkan,r akan-rakan lamaku juga menyambung pelajaran di tempat yang sama.
begini rupanya kehidupan di matrik..baru aku tahu..selama penderitaan yang aku dengar selama ini tidak begitu berasas. caranya senang sahaja.jangan belajar dan membuat tugasan di saat-saat akhir. semangatku berkobar-kobar untuk belajar..
pensyarah biologi amat mengerikan bagiku,.tapi aku masih mampu mengawal emosiku..kesian aku melihat rakan-rakanku yang lain. hingga ada yang menangis apabila di denda dan disindir. mungkin terluka hati mereka. sabarlah wahai teman. segalanya untuk masa depan kita.. aku sedar pensyarahku itu hanya mahu kami lebih bersungguh-sungguh dan rajin belajar walaupun dia terpaksa melayan kami dengan kasar begitu.
aku akan buktikan aku boleh...
kelas ko-kurikulum membuatkan aku enjoy.lama sungguh aku meninggalkan minatku iaitu bersukan. rindu rasanya untuk tturun beriadah. tetapi rakan-rakanku semuanya kaki bangku. ajak jogging, penat katanya. ajak bermain,panas.serba-serbi tidak kena. peteri lilin rupanya rakna-rakanku.
pensyarah mengatakan kami perlu mengikuti kem di Melaka. "seronoknya ", hati kecilku berkata. aku mula menghitung detik. tidak sabar rasanya....


No comments:
Post a Comment