Tuesday, August 24, 2010

bERMulanya sebUAH perjALANan








Aku meneruskan pelajaranku demi memenuhi hasrat orang tua ku...pada mulanya aku amat berat hati untuk menunaikan permintaan mereka. tambahan pula, aku tidak meminati bidang pengajian yang bakal ku tempuh..
minatku untu belajar sudah kian hilang dihakis waktu..
suatu saat dulu,memang aku begitu mendambakan menjejakkan kaki ke menara gading.. namun seiring usiaku bertambah,segalanya hanya tinggal angan-angan waktu kecilku..
rakan-rakanku begitu gembira menikmati waktu remaja mereka. bekerja,mengumpulkan wang sendiri..
tak kurang juga yang melangkah ke gerbang perkahwinan..
rasanya hanya tinggal beberapa kerat yang masih berjuang di medan ilmu....
kata orang,matrikulasi itu susah. aku sendiri kecut perut memikirkannya. mampukah aku? keputusan spm pun hanyacukup-cukup makan saja. tapi,ibubapa ku berkeras mahu melihat aku menyambung pelajaranku di matrik. terseksa batinku.tinggal beberapa hari sahaja lagi.segala persiapan telah dilakukan. aku terpaksa merelakan segalanya. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.
semoga segalanya berjalan lancar..hanya itu pintaku.hanya ini jalan yang tinggal untukku.semoga segalanya menjadi jalan yang terbaik untuk masa depanku di sini.....

No comments:

Post a Comment