Monday, March 9, 2015

2015

i will become a mother.......
macam tak percaya pula......
pray for me friend.....
tak sabar rasanya.....

Monday, July 16, 2012

wish me luck

hari ini,genap 3 minggu aku di sini...suasananya makin kian aku terima...alhamdulillah....aku makin dapat membiasakan diri..walaupun aku masih tercari-cari di mana tempatku di sini,namun aku akan sentiasa mencuba untuk memajukan diri walau di mana aku berada...

Thursday, September 2, 2010

meNJELang haRI RAya

rasanya baru sahaja bulan puasa ku tempuh..tetapi,dah hampir sampai ke penghujungnya. sekejapnya masa berlalu...cuti pertengahan semester juga sudah bermula...baru tenang sedikit hatiku selepas berhempas pulas menyiapkan assignment..rakan-rakanku mula beransur-ansur pulang..tinggallah aku di sini..sedihnya ditinggalkan...tapi silapku juga memilih untuk pulang lewat..biarlah aku di sini dulu...menyelesaikan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.....suasana kampung amat ku rindukan ..tapi biarlah dulu..terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan....selama jalan rakan-rakanku sekelian...semoga tuhan merahmati perjalanan kalian semua..

Thursday, August 26, 2010

tamatnya kEhiDupAN koLEJ

akhirnya aku  menamatkan pengajian di matrikulasi. sesampainy aku di kampung halaman,aku disambut dengan surat panggilan temuduga pekerjaan.. setelah puas aku berfikir,aku mengambil keputusan untk mengahadirinya. tak salah untuk mencuba rasanya. tambahan pula aku akan dapat menimba pengalaman. apatah lagi aku sedar aku puny amasalah untuk berkomunikasi dengan orang lain secara formal. disuruh membentangkan assignment pun sudah cukup membuat aku kecut perut...entahlah...mungkin kurang pendedahan...hehe...

alhamdulillah, suasana di kampung begtu menenangkan. sudah lama aku tidak dapat berehat seperti ini. surat panggilan temuduga universiti  juga telah aku terima..semoga langkahku lancar.


aku termenung saja saat menerima surat itu.layakkah aku? keputusan peperiksaanku tidak begitu memuaskan. terlalu banyak perkara yang mengganggu mindaku saat peperiksaan ku tempuh. soal cinta.....
jiwa remaja katakan.hehe...
serik aku nak bermain cinta...apa yang aku dapat hanyalah kesakitan dan kekecewaan.mungkin sudah tidak ada jodoh..tapi  segalanya ku terima..mungkin ada yang lebih baik untukku....

Wednesday, August 25, 2010

bERMulanya sebUAH perjALANan 3

kem lambaian danau sememangnya menjadi satu pengalaman ynag berharga buatku...walaupun kpenatan,aku sangat gembira.. terasa sakit segala urat sendiku,buat aku tersedar betapa lemahnya staminaku sekarang...nak turun tangga pun macam orang mengandung saja lagaknya..hehe..rakan-rakanku juga begitu..kelakar abis...
.pejam celik,sudah nak abis pengajianku di sini.selepas final exam,aku akan punya masa untuk merehatkan diri. selepas ini,etah ke mana hala tujuku...

surat panggilan temuduga telah ku terima.tapi sayang pula rasanya untuk bekerja sekarang.aku sudah hampir tamat matrikulasi.seharusnya aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah..tapi di mana...
akhirnya aku membuat keputusan...
keputusan yang akan mencorak masa depanku...

bERMulanya sebUAH perjALANan

Rutin harianku boleh dikatakan padat. setiap hari kelas bermula
pada pukul 8 pagi..
setiap hari Khamis akan diadakan perhimpunan. leceh yang teramat-amat.rasanya bagai berada dibangku sekolah. peraturannya pula buat aku termenung. wajib memakai baju kurung.
minatku pada baju kurung terpaksa juga ku pupuk akhirnya. mujurlah ibuku menyediakan satu beg baju kurung untuk kegunaanku.ada juga untungnya. rakan-rakan baruku ramah-ramah belaka. alhamdulilllah.senang bagiku menyesuaikan diri. yang lebih menyenangkan,r akan-rakan lamaku juga menyambung pelajaran di tempat yang sama.
begini rupanya kehidupan di matrik..baru aku tahu..selama penderitaan yang aku dengar selama ini tidak begitu berasas. caranya senang sahaja.jangan belajar dan membuat tugasan di saat-saat akhir. semangatku  berkobar-kobar untuk belajar..
pensyarah biologi amat mengerikan bagiku,.tapi aku masih mampu mengawal emosiku..kesian aku melihat rakan-rakanku yang lain. hingga ada yang menangis apabila di denda dan disindir. mungkin terluka hati mereka. sabarlah wahai teman. segalanya untuk masa depan kita.. aku sedar pensyarahku itu hanya mahu kami lebih bersungguh-sungguh dan rajin belajar walaupun dia terpaksa melayan kami dengan kasar begitu.
aku akan buktikan aku boleh...


kelas ko-kurikulum membuatkan aku enjoy.lama sungguh aku meninggalkan minatku iaitu bersukan. rindu rasanya untuk tturun beriadah. tetapi rakan-rakanku semuanya kaki bangku. ajak jogging, penat katanya. ajak bermain,panas.serba-serbi tidak kena. peteri lilin rupanya rakna-rakanku.

pensyarah mengatakan kami perlu mengikuti kem di  Melaka. "seronoknya ", hati kecilku berkata. aku mula menghitung detik. tidak sabar rasanya....

Tuesday, August 24, 2010

bERMulanya sebUAH perjALANan








Aku meneruskan pelajaranku demi memenuhi hasrat orang tua ku...pada mulanya aku amat berat hati untuk menunaikan permintaan mereka. tambahan pula, aku tidak meminati bidang pengajian yang bakal ku tempuh..
minatku untu belajar sudah kian hilang dihakis waktu..
suatu saat dulu,memang aku begitu mendambakan menjejakkan kaki ke menara gading.. namun seiring usiaku bertambah,segalanya hanya tinggal angan-angan waktu kecilku..
rakan-rakanku begitu gembira menikmati waktu remaja mereka. bekerja,mengumpulkan wang sendiri..
tak kurang juga yang melangkah ke gerbang perkahwinan..
rasanya hanya tinggal beberapa kerat yang masih berjuang di medan ilmu....
kata orang,matrikulasi itu susah. aku sendiri kecut perut memikirkannya. mampukah aku? keputusan spm pun hanyacukup-cukup makan saja. tapi,ibubapa ku berkeras mahu melihat aku menyambung pelajaranku di matrik. terseksa batinku.tinggal beberapa hari sahaja lagi.segala persiapan telah dilakukan. aku terpaksa merelakan segalanya. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.
semoga segalanya berjalan lancar..hanya itu pintaku.hanya ini jalan yang tinggal untukku.semoga segalanya menjadi jalan yang terbaik untuk masa depanku di sini.....